KKMNOW

PROGRAM KESIHATAN

Pendermaan Darah

Bekalan darah yang stabil dan tinggi adalah penting untuk memastikan sistem kesihatan awam dapat beroperasi dengan lancar. Dashboard ini memberikan anda data terkini tentang indikator berkaitan perkhidmatan transfusi darah, melalui Pusat Darah Negara. Data ini dikumpul melalui BBISv2, sistem penjejakan darah 'vein-to-vein' yang diguna di 22 pusat kutipan darah utama dibawah KKM yang merangkumi majoriti pendermaan darah di Malaysia.

Dikemaskini 30 Jan 2023, 06:28

Apakah tren pendermaan darah terkini di Selangor?

Data setakat 29 Jan 2023, 23:59

Darah mengandungi 3 komponen utama - sel darah merah, platelet, dan plasma. Walaupun plasma boleh disimpan sehingga 3 tahun, sel darah merah hanya boleh disimpan sehingga 42 hari, dan platelet hanya selama 5 hari. Oleh itu, adalah penting untuk mengekalkan tahap pendermaan darah yang tinggi dan stabil; apabila kadar pendermaan menjadi rendah dan tidak stabil, perkhidmatan penjagaan kesihatan yang bergantung kepada transfusi darah mungkin terkesan dengan negatif.

01 Aug 202229 Jan 2023

Bagaimanakan kadar pendermaan darah berbeza di seluruh negara?

Data setakat 29 Jan 2023, 23:59

Data ini menunjukkan % populasi berumur 17-65 di setiap negeri yang telah menderma sekurang-kurangnya sekali dalam tahun yang lepas. Data untuk W.P. Kuala Lumpur mungkin lebih tinggi daripada kadar pendermaan sebenar (di samping data untuk Selangor lebih rendah) disebabkan data daripada kempen bergerak yang kerap dilaksanakan oleh Pusat Darah Negara di sekitar Selangor dan W.P. Putrajaya direkodkan sebagai data untuk W.P. Kuala Lumpur.

Pecahan pendermaan mengikut pembolehubah utama

Data setakat 29 Jan 2023, 23:59
Kumpulan Darah

Data untuk Selangor

O

44.0%

B

28.0%

A

27.1%

AB

0.9%

Jenis Pendermaan

Data untuk Selangor

Darah utuh

99.3%

Aferesis

0.7%

Lokasi

Data untuk Selangor

Kempen bergerak

91.7%

Pusat pendermaan statik

8.3%

Kekerapan Penderma

Data untuk Selangor

Penderma tegar (derma dalam 2 tahun)

56.7%

Penderma lapsed (derma > 2 tahun lepas)

27.1%

Penderma baru

16.2%

Strata Sosial

Data untuk Selangor

Orang awam

92.8%

Pelajar

7.2%

Badan beruniform

0.0%

Bagaimana tren penderma baru di Selangor?

Data setakat 29 Jan 2023, 23:59

Penderma baru adalah penting untuk menggantikan penderma yang mencapai status warga emas dan berhenti menderma, serta untuk memenuhi keperluan populasi yang semakin menumbuh.

Bilangan penderma baharu

Data untuk Selangor

Penderma baru mengikut kumpulan umur

Data untuk Selangor

Bagaimanakah data ini dikumpul?

Data setakat 29 Jan 2023, 23:59

Data ini dikumpul melalui BBISv2, sistem penjejakan darah 'vein-to-vein' yang diguna di 22 pusat kutipan darah utama dibawah KKM yang merangkumi majoriti pendermaan darah di Malaysia. Terdapat beberapa pusat pengumpulan darah lain yang belum menjalani integrasi dengan sistem BBISv2.

Pilih kawasan saya

Kementerian Kesihatan Malaysia

Jabatan Perangkaan Malaysia

Β© 2023 Kerajaan Malaysia