Pendermaan Darah

Bekalan darah yang stabil dan tinggi adalah penting untuk memastikan sistem kesihatan awam dapat beroperasi dengan lancar. Dashboard ini memberikan anda data terkini tentang indikator berkaitan perkhidmatan transfusi darah, melalui Pusat Darah Negara. Data ini dikumpul melalui BBISv2, sistem penjejakan darah 'vein-to-vein' yang diguna di 22 pusat kutipan darah utama dibawah KKM yang merangkumi majoriti pendermaan darah di Malaysia.

Kemaskini terakhir: 09 Mei 2024, 05:00

Kemaskini seterusnya: 10 Mei 2024, 05:00

Apakah tren pendermaan darah terkini di Malaysia?

Data setakat 08 Mei 2024, 23:59

Darah mengandungi 3 komponen utama - sel darah merah, platelet, dan plasma. Walaupun plasma boleh disimpan sehingga 3 tahun, sel darah merah hanya boleh disimpan sehingga 42 hari, dan platelet hanya selama 5 hari. Oleh itu, adalah penting untuk mengekalkan tahap pendermaan darah yang tinggi dan stabil; apabila kadar pendermaan menjadi rendah dan tidak stabil, perkhidmatan penjagaan kesihatan yang bergantung kepada transfusi darah mungkin terkesan dengan negatif.

2022

2024

Bagaimanakah kadar pendermaan darah berbeza di seluruh negara?

Data setakat 08 Mei 2024, 23:59

Data ini menunjukkan % populasi berumur 17-65 di setiap negeri yang telah menderma sekurang-kurangnya sekali dalam tahun yang lepas. Data untuk W.P. Kuala Lumpur mungkin lebih tinggi daripada kadar pendermaan sebenar (di samping data untuk Selangor lebih rendah) disebabkan data daripada kempen bergerak yang kerap dilaksanakan oleh Pusat Darah Negara di sekitar Selangor dan W.P. Putrajaya direkodkan sebagai data untuk W.P. Kuala Lumpur.

Kedudukan (16)

  • #1

    W.P. Kuala Lumpur

    10.6%

  • #2

    Melaka

    3.1%

  • #3

    Pulau Pinang

    2.4%

  • #4

    Pahang

    2.2%

  • #5

    Terengganu

    2.1%

  • #6

    Perak

    2.0%

  • #7

    Sarawak

    1.6%

  • #8

    Sabah

    1.3%

  • #9

    Negeri Sembilan

    1.2%

  • #10

    Johor

    1.2%

  • #11

    Kelantan

    1.2%

  • #12

    Kedah

    1.2%

  • #13

    Selangor

    0.5%

  • #14

    Perlis

    0.0%

  • #15

    W.P. Labuan

    0.0%

  • #16

    W.P. Putrajaya

    0.0%

Malaysia: Pecahan pendermaan mengikut pembolehubah utama

Data setakat 08 Mei 2024, 23:59
  • Semalam
  • Sebulan
  • Setahun

Bagaimana tren penderma baru di Malaysia?

Data setakat 08 Mei 2024, 23:59

Penderma baru adalah penting untuk menggantikan penderma yang mencapai status warga emas dan berhenti menderma, serta untuk memenuhi keperluan populasi yang semakin menumbuh.

Bilangan penderma baharu
Penderma baru mengikut kumpulan umur
jata negara
Kementerian Kesihatan Malaysia

© 2024 Kementerian Kesihatan Malaysia